Sep 7, 2010

Kisah naga..

Dengan wajah serius aku berkata, " Kita mesti tangkap raksasa itu.."

"Agak-agak kulit raksasa tu b0leh buat beg tak?" tanya aku sambil tenung raksasa yang telah diikat ketat..

"Wuarggghhhhh!!!" naga mer0nta-r0nta sambil mengeluarkan api dari mulut... Mungkin dia faham percakapan aku tadi.. Nyata naga tidak mahu menjadi beg..

Zusssss!!!!!! satu simbahan air suling tepat ke muka naga.. aku tak mahu tempat ni terbakar.. Naga akur dengan tindakan aku.. Air mata penyesalan naga mengalir lesu di pipinya.. Sesal kerana gatal sayap nak terbang atas k0lam renang milik aku.. Tiba-tiba...

Tiba-tiba aku terkenang kembali saat aku bersua muka dengan naga.. Aku hanya panggil naga sebagai raksasa.. Mujurlah pengalaman menjadi kanak-kanak mengingatkan aku raksasa ini adalah naga.. Ahh.. Ini bukan drama Melayu.. Bentak hati kecilku.. Tuttt..Tuttt.. S0ny Ericss0n aku berbunyi...

Ahhh siapa pula yang gatal mulut bagitau 0rang surat khabar yang aku tangkap naga... panggilan tadi membuatkan aku pening... Aku tak mahu ditangkap Mergastua kerna membela naga tanpa lesen.. Tapi aku bukan bela, aku tangkap..

Wuarrgghhh!! Wuarghh!! Naga agak bising kali ini.. Agaknya naga lapar.. Aku syak naga ni budak lagi.. Api p0n keluar tak padu.. Tapi naga makan apa?

Sayu aku tengok naga ni melantak yong tau fu.. Habis macam mana dengan beg kulit naga? Tali pinggang kulit naga? Demm!!!

Ahhh.. Naga dah mengganggu emosi aku... Aku dah makin into dengan naga ni.. Lagi pun kulit naga muda tak elok dibuat beg atau tali pinggang..

Aku dah buka ikatan yang mencengkam naga. Naga tak lari. Aku tinggalkan naga bermain-main sendirian.. Sah!! Naga ni masih budak..

Aku biarkan naga melakukan senaman menguatkan sayap.. Practice make perfect.. Aku ada perancangan jitu buat naga..

Nampaknya naga agak tekun mengangkat dumble 20kg.. Aku mahu naga mempunyai sayap yang mantap. Sekali kayuh berdesup pergi!!

Hasil latihan yang gigih, naga mempunyai sayap yang sangat mantap. Malah handling naga juga seakan-akan handling Lotus.. Aku senyum puas.

Aku tenung naga dalam-dalam. Naga buat tak tau sambil hirup air isotonik. "Masanya hampir tiba naga." cetus hati kecilku.. Aku terus pandang naga dengan penuh harapan.

Aku panggil naga. Zuupp!! Pantas saja naga tampil. Berjaya juga latihan aku pada naga. Aku tenung naga dalam2.

‎"Naga, today is the last day you are here. You can go back to your home. Your mum should be worry about you." Naga diam.. Sedih barangkali. Tapi siapa nak jaga makan minum naga sepanjang aku balik kampung. Naga harus pulang.. Naga kini bersiap untuk terbang pulang. Satu flying kiss dilemparkan tatkala naga menghayun sayap........ "Selamat Hari Raya naga." ucapku perlahan.


Slamat blak0....


p/s: Ini adalah jawapan kepada status naga di pesbuk.. Hahahhaha

2 comments: